Virtual Desktop Infrastructure (VDI)

Virtual Desktop Infrastructure (VDI) Thin Client merupakan satu teknologi pengkomputeran berasaskan pelayan (Server-Based Computing). Kelebihan teknologi ini adalah bahan PdP boleh dimuatkan ke dalam server untuk diakses secara berwayar atau tanpa wayar di dalam persekitaran rangkaian setempat.

VDI Thin Client merupakan sistem yang menggunakan thin / zero client dimana semua pemprosesan serta penyimpanan maklumat dipusatkan diserver.VDI Thin Client yang dilaksanakan di sekolah menyokong platform 
1BestariNet adalah berasaskan kepada teknologi “Server-Based Computing” yang menyokong pelbagai sistem pengoperasian pengguna seperti Windows dan Linux. 

VMWare merupakan salah satu penyelesaian virtualisasi desktop yang komprehensif bagi menggantikan komputer tradisional dengan mesin maya yang berpusat diserver dan boleh dicapai oleh pengguna dari mana-mana peranti. Model ini juga dapat memperkemaskan pengurusan desktop, meningkatkan kawalan IT, meningkatkan keselamatan data dan meningkatkan pengalaman pengguna, fleksibiliti dan produktiviti.Penggunaan teknologi VDI Thin Client akan dapat membantu interaksi antara guru dan pelajar dalam PdP serta dapat meningkatkan efisiensi suatu sistem pembelajaran secara online di mana teknologi ini sangat efektif kerana kos penyelenggaraan yang rendah.

Senarai Sekolah-sekolah yang Menerima perkakasan Virtual Desktop Infrastructure (VDI) Thin Client (Fasa 1) bagi kelompok Pusat Kegiatan Guru Bidor adalah seperti berikut;