Nilam

Pengenalan

NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah-sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada murid yang berjaya mengikuti program ini. Program ini adalah satu program pembacaan murid yang berterusan sepanjang tahun sehingga mencapai objektif untuk melahirkan golongan 'avid reader' iaitu pembaca bersemangat dan paling banyak membaca. Program ini dilaksanakan di semua sekolah rendah dan menengah mulai tahun 1999 berdasarkan arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri di bawah tanggungjawab Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab melaksanakan Program NILAM.  


Kertas Konsep Pelaksanaan Pemilihan Tokoh NILAM PKG

1.0 Pengenalan

Program Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG adalah satu program yang dilaksanakan setiap tahun. Program Pemilihan Tokoh NILAM diadakan bertujuan untuk memberi input kepada pelajar berhubung dengan pembacaan dan penulisan serta melaksanakan penilaian bagi mendapatkan Tokoh NILAM Peringkat PKG.

Laporan Program Khemah Membaca dan Anugerah NILAM Kebangsaan 2009 menunjukkan calon kategori sekolah menengah dan rendah (bandar dan luar bandar) masih lemah dalam aspek penghayatan dan aprisiasi pembacaan. Para calon belum mampu mengungkapkan secara pengertian dan kedalaman membaca dalam kehidupan mereka. Calon sekolah rendah (bandar dan luar bandar) juga belum dapat menunjukkan kebolehan berhujah, kepertahan bercakap dan kefasihan bertutur dengan baik. Laporan ini jugaberpendapat masih banyak yang perlu dilakukan dalam usaha menyemai penghayatan budaya membaca di kalangan calon mahupun di kalangan para pelajar umumnya.

Program Pemilihan Tokoh NILAM yang dicadangkan untuk dilaksanakan adalah selama 2 hari. Amatlah diharapkan para peserta mampu menyaingi peserta-peserta lain serta mampu meletakkan diri sebagai calon untuk mewakili negeri ke Peringkat Kebangsaan.

Aspek yang dinilai adalah selaras mengikut kriteria penilaian di peringkat kebangsaan dan pemenang akan mewakili daerah ke Peringkat Negeri yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.

2.0 Objektif    

2.1 Untuk mendapatkan calon Tokoh NILAM dalam kategori;
       Kategori Sekolah Rendah Bandar
       Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar
       Kategori Sekolah Menengah Bandar
       Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar  

2.2 Untuk mencungkil bakal Tokoh NILAM

2.3 Untuk menyemai minat membaca di kalangan pelajar sekolah

2.4 Untuk mendedahkan murid-murid kepada kemahiran berikut;
      Pengesanan Pengetahuan
      Pengesanan Kemahiran Membaca
      Pengesanan Kebestarian
      Pengesanan Penghayatan & Aprisiasi Pembacaan
      Pengesanan Kemahiran Memberi Pendapat 

2.5 Untuk melatih dan melengkapkan murid-murid dengan kemahiran-kemahiran yang berkaitan.

2.6 Untuk mewujudkan budaya berfikir dalam pembelajaran.

3.0 Sasaran

3.1 Pelajar yang telah mencapai pengiktirafan NILAM dalam Tahap Jauhari iaitu;
      Sekolah Menengah telah membaca 288 buah buku
      Sekolah Rendah telah membaca 360 buah buku

3.2 Telah mengumpul 50 mata dalam Tahap Rakan Pembaca

3.3 Pelajar Tahun 5 bagi sekolah rendah

3.4 Pelajar Tingkatan 4 bagi sekolah menengah

3.5 Pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang

4.0 Dokumen yang diperlukan 

Semua dokumen calon yang dihantar hendaklah dalam bentuk FOLIO mengikut susunan berikut dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar. Persembahan folio terbaik akan diberi mata bonus. Buku Rekod Membaca NILAM akan dibawa oleh pelajar semasa hari penilaian dijalankan dan mesti disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

Borang pencalonan Tokoh NILAM

Maklumat Sekolah (satu muka surat)
Senarai buku yang telah dibaca (Tajuk/Nama Buku/Pengarang)
Analisis buku yang dibaca mengikut (buku Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu) 
Satu sinopsis buku karya agung yang dibaca
Salinan Pencapaian Akademik dari awal persekolahan
Salinan Rekod Kemajuan Pelajar / Kad Laporan NILAM
Senarai Sijil NILAM yang diperolehi (sekolah/daerah/negeri)
Senarai aktiviti program NILAM yang diikuti (sekolah/daerah/negeri)
Sijil-sijil penghargaan
Hasil-hasil penulisan
Lampiran bergambar
Maklumat keluarga dan lain-lain
Buku rekod membaca hendaklah dibawa semasa hari penilaian dijalankan.