Pengetua/Guru
Besar,
Sekolah
KPM Negeri
Perak.
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH KPM
NEGERI PERAK MENGGUNAKAN SMART SCHOOL
QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2016
Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas dan surat bernombor rujukan KP(BTP-PPSB)8817/3/4/ Jld.3(25) bertarikh 27
Mei 2016 adalah berkaitan.
2. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan diminta melaksanakan penarafan pembestarian menggunakan SSQS
secara dalam talian oleh semua responden mengikut kategori sekolah YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bermula 15 Julai 2016
hingga 30 Ogos 2016
bagi peringkat Negeri
Perak.
3. Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Perak (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru
(PKG) dipertanggungjawabkan untuk mengurusetiakan pelaksanaan penarafan pembestarian sekolah menggunakan
SSQS. Sila layari pautan
online http://btpnperak.moe.gov.my/ssqs/
4. Kerjasama dan tindakan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat dihargai serta diucapkan dengan jutaan terima kasih. Makluman lanjut berhubung perkara ini boleh dipohon dari Pegawai
Teknologi
Pendidikan
PKG bagi kelompok masing-masing atau En,
Sharuddin
Bin Yusof,
Ketua
Unit Pembestarian
Sekolah,
Bahagian
Teknologi
Pendidikan
Negeri
Perak di talian
05-2924933/955 samb 116.