PENUKARAN KATA LALUAN YES DONGLE ID
Pelaksanaan penukaran kata laluan Dongle ID telah bermula 9 September 2014 dan telah dimaklumkan melalui emel kepada semua sekolah melalui ID emel sekolah (schoolcode@1bestarinet.yes.my) dan ID Pentadbir Frog VLE Sekolah (vleadmin.schoolcode@yes.my).
Pentadbir Frog VLE sekolah perlu memaklumkan kepada semua pengguna dongle sekolah berkenaan kata laluan baharu untuk Dongle ID dan tujuan penukaran kata laluan adalah untuk memastikan keselamatan penggunaan Dongle ID.
Sekiranya Pentadbir Frog VLE sekolah menghadapi masalah penukaran kata laluan dongle ID, boleh menghubungi Meja Bantuan 1BestariNet di talian 018-7998787 atau emel ke moesupport@ytlcomms.my.
Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.
Disertakan Panduan tukar password dongle untuk panduan Sekolah.
Sekian, terima kasih.